STATUS: AWAKE · PLAYER: ACTIVE

AKU BUKAN NPC

HIDUP INI GAME. KAU PEMAIN UTAMA.

Pernah tak kau rasa macam kau cuma ikut saja ke mana hidup bawa kau?

Bangun pagi.
Pergi kerja.
Balik rumah.
Tidur.
Esok ulang lagi.
Minggu depan sama.
Tahun depan pun mungkin masih sama.
Dan dalam diam…
Kau mula tertanya-tanya.

“Ini je ke hidup aku?”

Bukan sebab kau malas.
Bukan sebab kau tak berusaha.
Bukan sebab kau tak ada impian.
Kadang-kadang…
Kau cuma terlalu lama hidup dalam rutin yang sama.

Sampai satu tahap…

Kau terlupa siapa yang sebenarnya sedang menentukan arah hidup kau..

HARGA PELANCARAN RM59

RM39

Ebook Penuh

Audiobook Penuh

Farhan’s Journal

CHECKPOINT 01 · KENAL PASTI

ADAKAH INI YANG KAU RASA SEKARANG?

Kadang-kadang hidup nampak baik-baik saja dari luar. Tapi dalam diam, kau tahu ada sesuatu yang tak kena.

01 · RUTIN YANG SAMA

Hari-hari kau ulang benda yang sama, tapi tak pasti sebenarnya kau sedang menuju ke mana.

02 · IMPIAN TERTANGGUH

Ada benda yang kau nak buat sejak lama. Tapi setiap kali nak mula, mesti ada alasan untuk tunggu lagi.

03 · HILANG ARAH

Kau tahu kau mahu sesuatu yang lebih daripada hidup sekarang. Cuma kau sendiri tak pasti nak mula dari mana.

04 · TAKUT MEMILIH

Kau terlalu fikir apa orang akan kata sehingga keputusan tentang hidup kau sendiri pun susah nak dibuat.

05 · RASA TERTINGGAL

Tengok orang lain bergerak ke depan, kau mula tertanya-tanya kenapa hidup kau masih berada di tempat yang sama.

06 · PENAT BERFIKIR

Terlalu banyak perkara bermain dalam kepala sampai akhirnya kau tak buat apa-apa. Kau cuma teruskan rutin dan berharap keadaan akan berubah sendiri.

Kalau ada satu atau lebih yang terasa dekat dengan hidup kau, mungkin kau bukan malas dan bukan tak mahu berubah.

PLAYER HISTORY · ORIGIN STORY

KENAPA AKU TULIS BUKU INI?

Aku tak tulis buku ini kerana aku dah berjaya dalam semua perkara.

Aku tulis sebab aku pernah hilang arah, pernah jatuh berkali-kali, dan pernah sampai ke satu tahap di mana aku sendiri tak tahu apa langkah seterusnya.

Farhan Isa

  • Former Army Officer
  • Web & Graphic Designer
  • Property Consultant

Nama aku Farhan Isa.

Aku pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tentera selama 10 tahun. Kemudian aku berhenti berkhidmat dengan keyakinan bahawa aku boleh menentukan sendiri jalan hidup aku.

Selepas itu, macam-macam aku cuba.

Aku pernah bekerja dalam bidang teknologi, masuk dunia jualan, membuka agensi digital marketing, membina perniagaan elektronic bersama rakan kongsi.

Ada masa aku rasa hidup sedang naik.

Perniagaan gagal. Pendapatan hilang. Hutang mula menghimpit. Surat peguam sampai ke rumah. Rumah dilelong, kereta hilang dari tangan, dan akaun bank dibekukan.

Ketika pandemik, keadaan menjadi lebih sukar. Ada waktu aku bukan lagi memikirkan impian besar.

Aku cuma fikir bagaimana nak teruskan hidup dan pastikan keluarga cukup makan.

Demi survival, aku pernah bawa Grab, menjaja makanan tepi jalan dan membuka warung sarapan.

01 | 10 TAHUN TENTERA

Hidup dalam sistem dan struktur.

02 | DUNIA PERNIAGAAN

Mencuba, belajar dan membina.

03 | JATUH

Perniagaan gagal dan hutang menghimpit.

04 | SURVIVAL MODE

Freelance, Grab, berniaga tepi jalan.

05 | RESET

Kembali bekerja dan membina semula hidup.

06 | TAKE CONTROL

Mula membuat keputusan dengan sedar.

CRITICAL MOMENT · THE REALISATION

Pada satu tahap, aku sedar masalah terbesar aku bukan semata-mata duit.

Aku terlalu lama hidup dalam survival mode. Bangun pagi hanya untuk menyelesaikan masalah yang datang, kemudian tidur dengan memikirkan masalah yang belum selesai.

Aku bukan sedang memilih arah hidup. Aku cuma bertindak balas kepada apa saja yang berlaku.

Dan dari situlah perjalanan untuk mengambil semula controller hidup aku bermula.

Buku Aku Bukan NPC lahir daripada perjalanan itu.

Bukan kerana aku sudah menang dalam game kehidupan. Tetapi kerana aku pernah hilang arah di dalamnya.

MISSION MAP · 6 LEVEL + FINAL BOSS

Ini Bukan Buku Yang Kau Baca dan Lupakan

Buku ini dibina seperti sebuah perjalanan.

Kau bermula dengan menyedari sistem yang selama ini mengawal hidup kau. Kemudian, satu demi satu, kau akan belajar mengenali diri, membuat pilihan, menghadapi ketakutan dan kembali mengambil tindakan.

Setiap Level membawa kau lebih dekat kepada satu perkara:

Sedar Kau Sedang Hidup Dalam Sistem

Kenal pasti skrip, rutin dan expectation yang selama ini membentuk keputusan hidup kau tanpa kau sedari.

Ambil Alih Kawalan

Berhenti menunggu keadaan berubah sendiri. Mula membuat pilihan dan mengambil tanggungjawab terhadap arah hidup kau.

Main Cara Kau Sendiri

Kenal nilai, kekuatan dan cara hidup yang benar-benar milik kau. Bukan kehidupan yang dibina untuk memenuhi expectation orang lain.

Jangan Peduli Orang, Teruskan Bermain

Belajar membezakan antara nasihat yang berguna dengan bunyi bising yang membuatkan kau takut bergerak.

Power-Up Jiwa dan Tindakan

Kesedaran sahaja tak cukup. Di level ini, fokus beralih kepada tindakan kecil, disiplin dan keberanian untuk mula.

Unlock Diri Sebenar

Berhenti mengecilkan diri sendiri. Kenal potensi yang selama ini terkunci di sebalik ketakutan, kegagalan dan keraguan.

Cabaran terbesar akhirnya bukan dunia di luar sana.

Tetapi keputusan yang hanya kau sendiri boleh buat:

Terus ikut jalan yang tersedia, atau mula memilih jalan kau sendiri?

19 bab. 6 Level. 1 Final Boss.

Bukan untuk mengajar kau cara hidup.

Tetapi untuk membuatkan kau berhenti sekejap, melihat semula arah hidup kau, dan bertanya:

“Aku sebenarnya sedang menuju ke mana?”

PLAYER LOADOUT · YOUR INVENTORY

Satu Buku. Dua Cara Untuk Mengalaminya.

Tak perlu tunggu penghantaran. Tak perlu pasang aplikasi khas.

Sebaik sahaja pembelian selesai, kau boleh terus mula membaca atau mendengar perjalanan Aku Bukan NPC mengikut cara dan masa kau sendiri.

Aku Bukan NPC

78 muka surat yang membawa kau melalui 19 bab, 6 Level dan satu Final Boss.

Ditulis dalam bahasa santai dan terus terang, bukan untuk mengajar kau cara hidup, tetapi untuk membantu kau melihat semula cara kau sedang menjalani hidup sekarang.

78 MUKA SURAT · 19 BAB · PDF

Baca Bila Ada Masa. Dengar Bila Tengah Bergerak.

Tak semua orang ada masa atau mood untuk duduk membaca.

Sebab itu kau juga akan dapat versi audiobook penuh untuk didengar dalam kereta, semasa berjalan, bersenam atau bila kau cuma mahu berehat dan mendengar.

FULL AUDIOBOOK · DIGITAL AUDIO

Buku ini ada muka surat terakhir. Perjalanan hidup tak ada.

Melalui Farhan’s Journal, aku akan terus berkongsi tulisan tentang hidup, kerja, perniagaan, keputusan yang menjadi dan keputusan yang silap.

PERSONAL NOTES · STORIES · NEW WRITINGS

DAPATKAN AKU BUKAN NPC →

Masih nak tengok dulu sebelum buat keputusan? BACA 3 BAB PERCUMA →

OPEN THE BOOK · READ BEFORE YOU DECIDE

Tak perlu percaya pada sales page ini. Baca sendiri.

Aku sediakan 3 bab pertama secara percuma supaya kau boleh kenal gaya penulisan dan isi buku ini sebelum membuat keputusan.

Mulakan Dari Level Pertama.

Masukkan nama dan email. Aku akan hantarkan sample percuma terus ke inbox kau.

  • Tiada bayaran
  • Tiada komitmen
  • Baca dulu sebelum beli
  • Sesuai kalau kau masih nak fikir

* Dengan mendaftar, kau bersetuju untuk menerima email dari aku di masa akan datang. Kau boleh unsubscribe bila-bila masa.

** Sila semak folder Promotion kalau tiada di dalam Inbox.

Kalau selepas baca 3 bab pertama kau rasa buku ini sedang bercakap tentang hidup kau, mungkin itu petanda untuk kau teruskan sampai bab terakhir; Final Boss.

PLAYER CHECK · COMPATIBILITY TEST

Buku Ini Untuk Kau?

Aku tak rasa semua orang perlu baca buku ini.
Tapi kalau kau sedang berada dalam fasa tertentu dalam hidup, mungkin ada sesuatu di dalamnya yang kau perlukan sekarang.

Buku Ini Mungkin Untuk Kau Jika…

Hidup terasa seperti mengulang rutin yang sama.
Ada rancangan yang terlalu lama tertangguh.
Tahu sesuatu perlu berubah tetapi tak pasti nak mula dari mana.
Pernah jatuh dan sedang cuba membina semula hidup.
Terlalu lama berada dalam survival mode.

Buku Ini Mungkin Bukan Untuk Kau Jika…

Mahu formula cepat untuk kaya.
Mahu hidup berubah hanya dengan membaca sebuah buku.
Mencari buku akademik yang penuh teori teknikal.
Mahu motivasi sekejap tetapi tak mahu melakukan apa-apa selepas itu.

Aku tak boleh janji buku ini akan mengubah hidup kau.

Sebab buku tak mengubah hidup sesiapa.

Buku hanya boleh memberi perspektif, menimbulkan soalan dan membuka pintu yang mungkin selama ini kau tak nampak.

Yang menentukan sama ada kau mahu melangkah masuk atau tidak, tetap kau.

HELP CENTER · COMMON QUESTIONS

Mungkin Ini Yang Kau Nak Tahu

Sebelum kau buat keputusan, ini jawapan kepada beberapa soalan yang mungkin sedang bermain dalam kepala kau.

Masih ada soalan?

Kalau ada perkara tentang pembelian atau akses fail yang tak dijawab di atas, hubungi aku di kaptfarhan@gmail.com.

FINAL DECISION · PRESS START

Sampai Bila Kau Nak Tunggu Hidup Berubah Sendiri?

Kau tak perlu mengubah seluruh hidup malam ini.

Kau tak perlu ada semua jawapan.

Kadang-kadang perubahan bermula dengan satu perkara yang lebih kecil:

PEGANG SEMULA CONTROLLER HIDUP KAU →

Game masih berjalan.

Persoalannya cuma satu:

Siapa yang sedang pegang controller?